Upin & Ipin beraya bersama pemenang peraduan “Kita Punya Raya TV9″
Wah, masih tak habis-habis lagi cerita pasal hari raya. Rayakan sebulan, betul tak?
Betul, betul, betul – Ipin
Kali ini, kisah mengenai peraduan “Kita Punya Raya” anjuran TV9 yang pernah disiarkan di TV9 semasa bulan puasa yang lalu. Peraduan ini memerlukan kawan-kawan melukis gambar Upin & Ipin dan sertakan slogan kenapa Upin & Ipin patut datang beraya ke rumah. Gambar yang paling kreatif beserta slogan yang menarik akan dipilih sebagai pemenang.
Maskot Upin & Ipin diserbu
Abang Ainur, pengacara Karnival Upin & Ipin
turut memeriahkan suasana
Banyak betul penyertaan yang diterima sehingga juri tak tahu nak pilih yang mana sebagai pemenang. Akhirnya, penyertaan dari adik yang berasal dari Cheras ini telah dipilih sebagai pemenang. Tahniah diucapkan!
Sebagai pemenang, adik yang bertuah ini telah dapat beraya bersama Upin & Ipin dirumahnya sendiri. Wah, seronoknya dapat beraya bersama Upin & Ipin. Kedatangan Upin & Ipin disambut dengan meriah dan luar biasa sekali. Walaupun, keluarga pemenang tidak memaklumkan kehadiran Upin & Ipin kepada jiran tetangga tetapi kehadiran Upin & Ipin seolah-olah dinanti oleh penduduk di situ.
Suasana ketika memberi duit raya
Kehadiran maskot Upin & Ipin disambut dengan tepukan gemuruh kerana kebanyakan dari penduduk di situ pertama kali bertemu dengan Upin & Ipin. Pelbagai aktiviti bersama maskot seperti permainan dan tarian chicken dance dilakukan sebelum acara memotong kek bersama pemenang. Bukan pemenang sahaja yang diraikan, tetapi jiran tetangga juga dihidangkan dengan pelbagai juadah hari raya. Sebelum mengakhiri sesi beraya bersama Upin & Ipin, semua adik-adik diberi duit raya oleh Upin, Ipin dan TV9.
Pemenang bersama maskot Upin & Ipin
Bergambar bersama keluarga pemenang
Related posts:
Recent
- LCP Company Trip 2013
- Majalah Upin and Ipin – Malaysia’s very first ‘AR’ magazine!
- UPIN & IPIN chosen as UNICEF Malaysia’s national ambassadors for children!
- Majalah Komik Upin & Ipin dalam 3D
- Di Sebalik Tabir “Kenangan Mengusik Jiwa”






