Jejak Upin & Ipin di Muzium Negara Sepanjang Cuti Sekolah
Kawan-kawan pergi ke mana semasa cuti sekolah ni? Kalau tak tahu nak ke mana-mana, apa kita kita ramai-ramai datang ke Muzium Negara sempena pameran Jejak Upin & Ipin. Pameran ni sebenarnya sudahpun berlangsung pada 26 November yang lalu dan akan diteruskan sehingga 31 Disember 2011 nanti. Macam-macam aktiviti yang dijalankan seperti pameran replika sebenar rumah Opah, ruangan proses animasi, permainan Upin Ipin dan banyak lagi.
Kawan-kawan juga berpeluang untuk berjumpa dengan maskot Upin & Ipin pada setiap hari. Selain itu, showcase Upin & Ipin the Musical pula diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 12 tengahari dan 3 petang. Memang menarik kerana kawan-kawan akan dapat menonton secara eksklusif babak dari teater ini sebelum ianya dipentaskan di Istana Budaya pada bulan April tahun hadapan.
Jadi kawan-kawan jangan lupa penuhkan Muzium Negara pada hujung minggu ini kerana lebih banyak aktiviti yang menarik bakal diadakan.
Related posts:
-
http://www.facebook.com/people/Taqiah-Taqao/100000540121684 Taqiah Taqao
-
http://www.lescopaque.com Mohd Zarin
-
http://www.facebook.com/profile.php?id=1467450457 Nana Azuan Syahmi
-
http://www.facebook.com/azrinbahar Azrin Bahar
-
http://www.lescopaque.com Mohd Zarin
-
http://www.facebook.com/MuziumNegaraKL Muzium Negara Kuala Lumpur
Recent
- LCP Company Trip 2013
- Majalah Upin and Ipin – Malaysia’s very first ‘AR’ magazine!
- UPIN & IPIN chosen as UNICEF Malaysia’s national ambassadors for children!
- Majalah Komik Upin & Ipin dalam 3D
- Di Sebalik Tabir “Kenangan Mengusik Jiwa”













