Browsing all articles tagged with Upin & Ipin The Series
Jul
30

Episod “Terima Kasih Cikgu” Dapat Sambutan Luar Biasa

 

Baru Ahad lepas episod baru “Terima Kasih Cikgu” telah ditayangkan di TV9 tetapi sehingga ke hari ini masih terdapat peminat-peminat yang masih berbincang mengenai episod istimewa ini. Rata-rata sangat berpuas hati dengan jalan cerita episod ini sehingga yang ada menitiskan air mata.

[quote style="1"] Terharu bile diorg bagi kad pada Cikgu Jasmin..so touching because I’m a teacher and can feel it..terbaik UPIN IPIN  – CT Ejaa[/quote]

Hari terakhir Cikgu Jasmin

Penampilan Tun Dr Siti Hasmah

Episod “Terima Kasih Cikgu” ini mengisahkan saat-saat terakhir Cikgu Jasmin berada di Tadika Mesra kerana ingin menyambung pelajaran ke Universiti. Pelbagai reaksi lucu serta sedih ditunjukkan oleh Upin, Ipin dan kawan-kawan ketika menerima berita pemergian cikgu kesayangan mereka itu. Episod ini juga menampilkan watak jemputan khas iaitu Tun Dr Siti Hasmah yang melawat ke Tadika Mesra untuk memberi nasihat. Penampilan istimewa ini membuatkan ramai penonton terkejut dan teruja dengan perwatakkan Tun yang ditampilkan di dalam bentuk animasi.

Banyak komen serta pujian telah diterima melalui laman Facebook rasmi Upin & Ipin. Diantara komen menarik penonton adalah di mana mereka dapat merasakan perasaan watak Ijat yang terlalu sedih dengan pemergian Cikgu Jasmin. Pada episod-episod sebelum ini Ijat adalah satu-satunya pelajar kelas tersebut yang belum pandai membaca dan kurang keyakinan diri. Dengan bantuan Cikgu Jasmin, Ijat akhirnya telah pandai membaca dan berubah menjadi lebih berani.

Watak Ijat turut mendapat perhatian

read more

416 total views, 7 views today

Jul
25

Download Wallpaper Baru ~!

Hai, kawan-kawan~!  Jom kita download wallpaper baru Upin & Ipin Musim ke 6 di laman web www.upindanipin.com.my. Ada banyak wallpaper terbaru yang cantik-cantik sesuai untuk komputer dan telefon bimbit. Kawan-kawan hanya perlu klik pada ruang “Download” untuk melihat pilihan wallpaper yang ada.

Jangan lupa bagi tahu kawan-kawan lain ye~…

read more

114 total views, 2 views today

Jun
1

Marathon “Kembara ke Pulau Harta Karun” 3 Jun ini di TV9

Jangan lupa saksikan Marathon “Kembara ke Pulau Harta Karun” pada 3 Jun (Ahad) ini pada jam 1.30ptg dan episod terbaru pada jam 6ptg hanya di TV9.

read more

62 total views, 4 views today

Mar
14

Episod Baru – Upin & Ipin Musim 6 ~!

 

Yay! Upin & Ipin dah masuk musim ke 6~!!

Sempena cuti sekolah ni, kawan-kawan boleh menyaksikan episod terbaru Upin & Ipin yang lebih menarik dan melucukan. Episod terbaru ni bertajuk “Mainan Baru” yang akan ditayangkan di TV9 pada 18 Mac ini, 6 petang . Apalah agaknya yang nak dilakukan oleh Upin & Ipin kali ni agaknya. Sama-samalah kita saksikan

Main apa pula ni?

Nak menyakat Kak Ros ke tu?

Apa pulak Upin & Ipin ni buat kat ladang getah ni?

Jadi kawan-kawan jangan lupa saksikan episod terbaru Upin & Ipin yang akan ditayangkan di TV9.

Episod Baru
18 Mac 2012 (Ahad)
6  Petang di TV9

p/s : Siapa nak wallpaper musim baru ?

read more

1,715 total views, 26 views today

Mar
6

Dapatkan Pocket Upin untuk pengguna iOS

Author Zarin    Category Blog     Tags ,

 

Memperkenalkan

Pocket Upin~!!!

Kepada kawan-kawan yang dah ada applikasi Pocket Ipin, pasti tak nak lepaskan peluang untuk mendapatkan applikasi Pocket Upin yang baru saja dipasarkan semalam. Pocket Upin ni bukan sahaja menarik malahan ada juga beberapa ciri tambahan yang tiada di dalam Pocket Ipin. Kawan-kawan boleh berinteraksi bersama Upin secara digital dengan menyentuh ataupun memilih pilihan aksi. Upin boleh melakukan beberapa aksi comel seperti ketawa apabila disentuh ataupun terjatuh apabila pengguna menggoyangkan telefon.

Tambah menarik lagi, Pocket Upin ni juga ada pemainan mini Upin menimbang bola. Dalam permainan ni kawan-kawan boleh mengawal pergerakkan Upin menimbang bola serta mengumpul markah tertinggi. Applikasi ini juga akan dikemas kini dengan beberapa ciri tambahan pada masa akan datang.

Pocket Upin dijual dengan harga $0.99 di Apple AppStore dan boleh digunakan untuk iPod Touch, iPad dan juga iPhone.

http://itunes.apple.com/my/app/pocket-upin/id505840793?ls=1&mt=8

104 total views, 1 views today