Browsing all articles tagged with Upin & Ipin Teater
Apr
17

Upin & Ipin The Musical Gegarkan Istana Budaya

Siapa yang dah tengok teater Upin & Ipin The Musical?

Kalau yang belum tengok lagi tu, cepat-cepatlah dapatkan tiket secara online di http://ticket2u.biz  ataupun di kaunter tiket di Istana Budaya.  Teater musikal yang telah bermula pada 14 April  lalu terus menerima sambutan luar biasa dari peminat setia Upin & Ipin. Pada hari pertama lagi, tiket teater di Panggung Sari ini boleh dikatakan telah sold out.  Kalau yang tinggalpun hanyalah tiket-tiket di kerusi VIP.

Barisan pelakon utama Upin & Ipin The Musical

Kawan-kawan bersama barangan Upin & Ipin The Musical

Rugi tau siapa yang tak tengok sebab teater ini sangat meriah dan penuh dengan warna-warni. Kawan-kawan boleh melihat gelagat kawan-kawan lain yang berlakon sebagai  watak-watak di dalam siri animasi. Kawan-kawan kita ni semuanya pandai berlakon, menari dan menyanyi. Berlatarbelakangkan suasana kampung, tadika mesra, hutan, gua dan banyak lagi set-set menarik, teater musikal ini menceritakan kisah menarik Upin & Ipin bersama kawan baru iaitu Puteri Cinonet.  Setiap babak diserikan dengan lagu-lagu menarik hasil ciptaan komposer terkenal Pak Ngah.
read more

181 total views, no views today

Mar
5

Jom tonton Upin & Ipin The Musical di Istana Budaya !

Nampaknya teater Upin & Ipin hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk memulakan pementasannya di Istana Budaya. Kawan-kawan mesti dah tak sabarkan? Kitaorang pun dah tak sabar juga sebenarnya. Baru-baru ni majlis pelancaran Upin & Ipin The Musical telahpun diadakan di Saloma Bistro. Yang menariknya, majlis ini telah dirasmikan oleh Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Terima kasih banyak-banyak sebab Tun sudi datang merasmikan majlis ni.

Menyambut ketibaan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali

Aksi Dr. Ravi mengajar Upin  & Ipin memberus gigi

Kalau kawan-kawan nak tahu, Upin & Ipin The Musical ni dibawakan oleh KPJ Healthcare Berhad dan sekaligus mencipta sejarah apabila menjadi teater paling lama dipentaskan di Istana Budaya iaitu selama 23 hari. Lebih kurang 60 orang pelakon yang terdiri dari kanak-kanak dan orang dewasa turut menjayakan pementasan ini. Tengok sajalah aksi kawan-kawan kita bersama maskot Upin & Ipin di bawah ni. Sungguh seronok dan menghiburkan~

Seronok menari bersama Upin & Ipin

read more

189 total views, 1 views today

Dec
15

Pertunjukan Teater “Upin Ipin The Musical” Setiap Hujung Minggu di Muzium Negara

 

Seronoknya dapat berjumpa dengan kawan-kawan di Muzium Negara minggu lalu sempena Pameran Jejak Upin & Ipin. Pameran Jejak Upin & Ipin ini akan terus berlangsung di Muzium Negara pada setiap hari sehingga 31 Disember 2011. Yang menariknya, pada setiap hujung minggu kawan-kawan akan dapat menyaksikan pertunjukan istimewa Teater Upin Ipin The Musical secara percuma. Pertunjukan ini merupakan persembahan 30 minit teater yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada bulan April 2012 nanti. Kawan-kawan sudah boleh mula membeli tiket teater ini melalui http://www.ticket2u.biz/

read more

476 total views, no views today

Dec
7

Jejak Upin & Ipin di Muzium Negara Sepanjang Cuti Sekolah

 

Kawan-kawan pergi ke mana semasa cuti sekolah ni? Kalau tak tahu nak ke mana-mana, apa kita kita ramai-ramai datang ke Muzium Negara sempena pameran Jejak Upin & Ipin. Pameran ni sebenarnya sudahpun berlangsung pada 26 November yang lalu dan akan diteruskan sehingga 31 Disember 2011 nanti. Macam-macam aktiviti yang dijalankan seperti pameran replika sebenar rumah Opah, ruangan proses animasi, permainan Upin Ipin dan banyak lagi.

read more

485 total views, 2 views today

Aug
16

Sesi Ujibakat Teater Upin & Ipin Muzikal

Wah, nampaknya sesi ujibakat untuk Teater Upin & Ipin Muzikal minggu lalu dikunjungi begitu ramai bakat-bakat muda yang ingin mencuba nasib untuk Teater Upin & Ipin. Ujibakat yang telah dilangsungkan di Istana Budaya pada minggu lalu ini terpaksa ditutup pendaftaran seawal jam 12 tengahari walaupun sesi ujibakat hanya akan ditamatkan sekitar jam 4 petang. Macam-macam bakat yang ditunjukkan oleh kawan-kawan kita. Ada yang pandai menari, menyanyi, berlakon dan tak kurang juga yang pandai meniru suara watak Upin & Ipin.

read more

409 total views, 3 views today

Facebook

Puteri
Puteri

Recent Posts

Recent Comments

Les’ Copaque Channel

300X600_YOUTUBE