Browsing all articles tagged with Merchandise
Jun
11

Buku Nota Eksklusif Ulang Tahun ke 8

Istimewa buat semua peminat setia animasi Les’ Copaque Production, sempena ulang tahun ke 8 kami telah menerbitkan buku nota eksklusif yang sangat istimewa. Buku Nota ini mengandungi beberapa bonus seperti komik Upin & Ipin, berita Les’ Copaque dan beberapa poster edisi khas. Selain itu juga buku nota ini mengandungi aplikasi AR yang boleh diguna menggunakan telefon pintar Android.

Pastikan buku nota istimewa ini menjadi salah satu koleksi peribadi anda dan menjadi sebagai salah seorang peminat setia Upin & Ipin. Buku nota ini telah mula dijual dengan kuantiti terhad di Upin & Ipin Store di Shah Alam. Pembelian secara online akan dibuka dalam masa terdekat. Sila layari http://www.upinipinstore.com untuk mendapatkan kemas kini mengenai pembelian buku nota ini secara online.

buku01Buku Nota Eksklusif Ulang Tahun ke 8(Gambar Hiasan)

buku02Buku Nota Ekskluslif 8 tahun

read more

6,359 total views, 12 views today

Apr
1

Mini Karnival Upin & Ipin di Amanjaya Mall bukti sambutan luar biasa orang utara

Mini Karnival Upin & Ipin di AmanJaya Mall baru-baru ini membuktikan sambutan luar biasa dari warga utara sepanjang 2 hari penganjurannya. Menjadi lokasi yang pertama buat tahun ini, Mini Karnival Upin & Ipin menjanjikan pelbagai tarikan yang menarik dan unik. Walaupun maskot Upin & Ipin pernah sampai ke Utara di atas jemputan beberapa penganjur acara yang lain, namun penganjuran sendiri oleh LC Merchandising kali ini menerima sambutan yang di luar jangkaan. Bersempena dengan cuti sekolah, nampaknya Mini Karnival Upin & Ipin sebegini amat dinanti-nantikan oleh peminat setia Upin & Ipin dari Utara.

10007339_10152385568019750_2094208164_oAktiviti bersama maskot Upin & Ipin amat dinantikan

1913262_10152385569684750_1796947037_oMaskot Mail juga mendapat perhatian read more

108 total views, 1 views today

Dec
4

Pelancaran Majalah Komik Upin & Ipin Isu Bumper 47

Majalah Komik Upin & Ipin merupakan majalah kanak-kanak paling terkenal di Malaysia dengan mengekalkan jumlah cetakan sekitar 70 ribu sebulan. Sempena keluaran isu bumper pada tahun ini, pihak NYLA SB dengan kerjasama Les’ Copaque Production telahpun melancarkan Majalah Komik Upin & Ipin isu 47 dengan pelbagai features menarik. Isu kali ini menggunakan cover muka depan dengan penghargaan Facebook Upin & Ipin yang sudah mencecah 7 Juta likes

Menurut Tunku Maziah (NYLA SB), set istimewa Majalah Komik Upin & Ipin ini didatangkan bersama DVD Teater Muzikal Upin & Ipin secara percuma tanpa sebarang kenaikan pada harga jualan. Tambah beliau lagi, keluaran kali ini sangat  istimewa dan ianya disusun dan dipakejkan khusus bagi peminat setia Majalah Komik Upin & Ipin.

999791_10152127328109750_532050399_n

Pelancaran Majalah Komik Upin & Ipin isu 3 Dimensi

600897_10152127325349750_601015915_n

Bersama wakil dari Bomba menunjukkan majalah terbaru itu

1463997_10152127324274750_582948200_n

Wakil dari NYLA SB bersama Upin & Ipin
melancarkan Majalah Komik Upin & Ipin yang terbaru read more

68 total views, no views today

Dec
3

Upin & Ipin at Hamleys!

Hamleys, the world’s most popular toy store have finally made its way to local shores and opened at One Utama, Kuala Lumpur, making it the first in Southeast Asia. The flagship store, opened in 1780, issituated in London, and has more than 30 chain stores all over the world including India, Russia, and Ireland, among others. Hamleys is notorious for its unique and distinctive look with amazing detail in every section of the store. It is interesting to note that amongst the well-known international products, Upin & Ipin merchandise are the only local products for sale at Hamleys.

1424532_10152119916064750_1992220093_n 1458588_10152119917724750_1405674435_n 1472076_10152119916749750_220090767_n

Fans can find familiar Upin & Ipin original merchandise including soft toys, stationery, umbrellas, figurines and more. Upin & Ipin mascots made an appearance during the recent launching of Hamleys, welcoming Hamleys’ board of managers from London, the press, and visitors. Seeing the encouraging response, Hamleys’ management might consider opening more chain stores in Malaysia in the future.

1469981_10152119916804750_2135050836_n 1476067_10152119917944750_778030647_n

So, what are you waiting for? Let’s all go to Hamleys, One Utama to get your hands on Upin & Ipin’s original merchandise.

read more

144 total views, 1 views today

Jul
30

Online Store Upin & Ipin

 

Berita baik kepada semua peminat setia Upin & Ipin. Mulai hari ini semua barangan original Upin & Ipin sudah boleh mula dibeli secara online. Semua barangan seperti DVD, T-Shirt, Beg Sekolah dan banyak lagi sudah mula dijual melalui laman web www.lescopaque.com/store. Buat masa ini kami sudahpun mendapat tempahan barangan sejauh dari negara Korea dan Amerika Syarikat.

Kawan-kawan juga boleh membuat pembayaran melalui sistem online beberapa bank-bank utama ataupun melalui credit card. Jadi tunggu apa lagi? Jom kita dapatkan barangan Original Upin & Ipin sekarang!


Laman web Online Store www.lescopaque.com/store

read more

291 total views, 5 views today