Browsing all articles tagged with Album Song
Nov
16

“Sahabat Selamanya” @ Anugerah Industri Muzik 2011

Fadly Padi & Asyiela bersama Upin & Ipin

Salam sahabat selamanya, apa khabar kawan-kawan semua? Saya nak ceritakan tentang pengalaman saya – Faren, komposer muzik di Les Copaque – bermain keyboard bersama Fadly, Ari & Rindra dari kumpulan Padi di Anugerah Industri Muzik 2011. Kami telah mempersembahkan lagu “Sahabat Selamanya” di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 November sambil diiringi Upin & Ipin bersama pelakon suaranya Asyiela. Acara ini telah ditayangkan secara langsung di televisyen melalui saluran Astro Ria.

Fadly, Faren, Rindra & Ari rehearsal di bilik rakaman Les Copaque

Rombongan Padi telah tiba ke studio kami sehari awal untuk rehearsal. Saya berasa sungguh gementar dan “cuak” untuk praktis bersama tokoh-tokoh dan lagenda muzik dari Indonesia ini. Alhamdulillah, kami sempat praktis jamming selama sejam untuk menyesuaikan cara bermain lagu tema Upin Ipin terkenal ini.

read more

146 total views, 1 views today

Aug
25

Album Raya Upin & Ipin untuk semua!

Ha, siapa kata album raya Upin & Ipin hanya untuk yang menyambutnya Aidilfitri saja. Kawan Upin & Ipin yang bernama Kelly ni sangat meminati Upin & Ipin sehingga album raya Upin & Ipinpun dibelinya. Kelly ni baru berumur 7 tahun dan sangat meminati watak Mei Mei. Kelly ni juga pernah mengikuti Animation Parade untuk Karnival Upin & Ipiun di Shah Alam tahun lepas. Memang bestlah Kelly ni!

Kelly sangat gembira dapat mendengar lagu raya Upin & Ipin seperti lagu Balik Kampung dan Satu Hari di Hari Raya. Terima kasih Kelly kerana begitu meminati dan menyokong Upin & Ipin.

read more

157 total views, 1 views today

Aug
20

Video Klip Suasana Di Hari Raya – Upin & Ipin

 

Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin. Itulah tajuk album lagu pertama yang diterbitkan eksklusif buat peminat Upin & Ipin. Ada 5 buah lagu nyanyi semula Asyiela Putri iaitu pelakon suara Upin & Ipin. Kesemua lagu-lagu di dalam album ni sangat comel dan sedap didengar. Apa kata mari kita lihat video klip lagu ni di Channel Youtube Les’ Copaque.


[box title="Kod Nada Dering lagu-lagu Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin" color="#f00"]

Lagu Maxis Celcom DiGi U-Mobile
Suasana Di Hari Raya – Upin & Ipin 227295 125446 0128780 309525
Selamat Hari Raya – Upin & Ipin 227296 125447 0128782 309526
Balik Kampung – Upin & Ipin 229897 127298 0130784 311218
Satu Hari Di Hari Raya – Upin & Ipin 229895 127296 0130782 311216
Suasana Hari Raya – Upin & Ipin 229896 127297 0130783 311217
[/box]

Cara Muat Turun:

Maxis  Dial *131*<No. Kod># dan tekan Call/Send

Celcom Dial *118*<No. Kod># dan tekan Call/Send

DiGi Taip CT<jarak><No. Kod> dan hantar ke 2000

U-Mobile Dial *118*5*2*<No. Kod># dan tekan Call/Send
read more

2,270 total views, 12 views today

Aug
12

Dapatkan Nada Dering Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin

 

Kawan-kawan sudah dapatkan album lagu Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin? Kalau masih belum, jangan tunggu lagi kerana album ini sedang mendapat sambutan yang luar biasa walaupun baru saja beberapa hari berada di pasaran. Ada 5 lagu raya nyanyian semula oleh Asyiela Putri yang pasti akan membuatkan hari raya kawan-kawan bertambah meriah.

read more

419 total views, 3 views today

Aug
9

Album Lagu “Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin” 10 Ogos ini dipasaran !

Aidilfitri tahun ini bertambah meriah lagi dengan kemunculan album lagu “Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin”. Album istimewa ini dinyanyikan sendiri oleh pelakon suara Upin & Ipin iaitu Asyiela Putri dengan menampilkan 5 buah lagu raya yang sudah dikenali seperti Suasana Di Hari Raya, Selamat Hari Raya, Satu Hari Di Hari Raya, Suasana Hari Raya dan Balik Kampung. Kesemua lagu-lagu ini digubah semula supaya lebih bercirikan Upin & Ipin. Diantara komposer yang terlibat ialah Eddie Hamid, Fauzi Marzuki dan pemuzik jemputan khas, Mohar.

read more

364 total views, 4 views today

Facebook

Recent Posts

Recent Comments

Les’ Copaque Channel

300X600_YOUTUBE