Sep
19

Majlis Betul, Betul, Betul Raya 2012

Author Zarin    Category Blog     Tags ,
Share : Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0LINE it!

Selamat Hari Raya~! Wah, seronoknya kawan-kawan kita dapat beraya bersama Upin & Ipin tempoh hari di Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam. Majlis Hari Raya Les’ Copaque Production yang diberi nama “Betul, Betul, Betul Raya 2012” ini telah berlangsung pada 15 Sept yang lalu dan hampir 2,000 tetamu terdiri dari rakan niaga, penaja, media dan jemputan khas telah memenuhi perkarangan Space U8 seawal jam 10 pagi lagi.

Hajah Ainon bersama Haji Burhanuddin

Asyiela Putri sedang menari lagu Sahabat Selamanya

Yang menariknya pada tahun ini, Upin, Ipin dan kawan-kawan juga turut beraya bersama maskot Ara & Aris dari animasi Pada Zaman Dahulu. Wah, meriahnya keluarga Les’ Copaque Production. Pengunjung semua dihiburkan dengan persembahan menarik dari kesemua pelakon suara termasuklah pelakon suara Upin & Ipin iaitu Asyiela Putri dengan lagu rayanya. Tidak lupa juga persembahan lagu Sahabat Selamanya yang dipersembahkan oleh kesemua maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan. Tarian lagu Sahabat Selamanya ini sungguh mudah dan turut dinarikan bersama oleh adik-adik kecil di atas pentas.

Abang Ainur, sedang mengajar adik-adik menari tarian Sahabat Selamanya

Maskot Upin yang comel

Tetamu terus dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik sambil menjamu juadah hari raya. Salah satu aktiviti yang baru diperkenalkan pada tahun ini adalah permainan interaktif Upin Ipin dan Pada Zaman Dahulu. Di sini adik-adik akan dijemput untuk naik ke atas pentas dan bermain permainan interaktif seperti mencari perbezaan, padanan menggunakan TV LED yang besar. Menarikkan?

Banyak sebenarnya aktiviti-aktiviti menarik yang memenuhi jadual acara sehingga lewat petang termasuklah sesi karaoke lagu raya, sesi bersama Karangkraf, penampilan pelakon Oh My English, sesi istimewa bersama Kak Ros dan banyak lagi.  Walau macam-mana pun, sesi bersama Opah mendapat tumpuan kerana Opah akan memberi duit raya kepada cucu-cucu yang dapat menjawab soalan kuiz dengan betul. Wah, untungnya~!…


Jom menari bersama maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan

Kak Ros bersama Kelly Wong, peminat setia Upin & Ipin

Kalau kawan-kawan nak lihat kesemua gambar-gambar ketika majlis ini, kawan-kawan boleh melihatnya melalui Facebook Upin & Ipin. Ada banyak gambar-gambar kat situ. Terima kasih diucapkan kepada penaja dan penganjur bersama acara iaitu Mamee, Astro Ceria, TV9 dan Karangkraf.

79 total views, 1 views today


  • http://www.facebook.com/jadafiona.delacruz Jada Fiona Dela Cruz

    i love upin &ipin because my brother love this i love it