Aug
23

Majalah Komik Upin & Ipin Isu 19 Paling Laris

Share : Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0LINE it!

 

Hai, kawan-kawan…anda semua sudah dapatkan Majalah Komik Upin & Ipin Isu ke 19? Kalau dah, terima kasih kami ucapkan dan pada belum, boleh dapatkannya di kedai buku yang berhampiran anda.

 

 

Upin & Ipin nak berkongsi cerita dengan kawan-kawan semua ni, Majalah Komik Upin & Ipin Isu ke 19 telah mendapat tempat pertama untuk senarai jualan terbanyak myNEWS bagi bulan Ogos 2011 di semua cawangan myNEWS untuk kategori majalah dan buku kanak-kanak versi Bahasa Malaysia.

 

Wah…seronoknya!

Terima kasih, kawan – kawan kerana telah membeli Majalah Komik Upin & Ipin Isu ke 19 ini. Kami amat menghargai sokongan anda. Nantikan keluaran Majalah Komik Upin & Ipin Isu ke 20 yang akan menampilkan lebih banyak cerita menarik. Ha, kalau kawan-kawan nak tahu apa hobi Opah, jangan lupa dapatkan ia di pasaran nanti. Ada poster percuma juga tau!

*p/s : Kawan-kawan jangan lupa dapatkan juga album Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin di kedai berhampiran, ya! Dengar lagu raya semasa balik kampung, barulah seronok!

 

 

 


770 total views, 1 views today


  • Anonymous

    belum tapi macam mana u dapat?????????????????????

  • http://www.facebook.com/zahrasnaz26 Zahra Ice-cream

    upin ipin macam mana mahu dapat beg roda upin dan ipin

Facebook

Recent Posts

Recent Comments

Les’ Copaque Channel

300X600_YOUTUBE