Aug
1

Konsert Sahabat Selamanya

Share : Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0LINE it!

 

When asked what do I love about working at Les’ Copaque, I would say, the endless possibilities of getting some interesting opportunities. That includes getting the chance to be in a band as a vocalist. Introducing my band: Haris and the Pembaris!


Haris and the Pembaris

My band recently scored a gig of our lifetime: to be the opening band for the most humble and multi-talented band from Indonesia, Padi for their concert “Sahabat Selamanya”. The concert was in conjunction with Karnival Upin dan Ipin in Melaka.


The colourful event banner

Before the concert, we got to see Padi and Faizal Tahir’s soundchecks backstage. It was surreal sharing a stage with them.


Padi’s Soundcheck

Even little Asyiela Putri had a ‘concert’ of her own when she stepped up and sang a song to the crowd before the performance began.

Our show started at 8:30pm. We performed 5 songs that night. Too bad the pool was located between us and the crowd but still I can feel their energy. Although most of the people attended the concert were parents and their kids, they were supportive enough to cheer and sing with us. Not to forget the awesome LCPians who cheered louder than anyone else. You guys rocked! Thank you. I can feel my jitters fading away and my adrenaline started rushing. The whole band was so pumped up that night. I’m very proud of them.

After our performance, Faizal Tahir and his Royal FT Force stepped in to perform to his adoring fans. I am glad most of the people in the crowd was having fun. Especially Faizal Tahir’s fans. Such hardcore fans they are.


Asyiela(the voice of Upin & Ipin) with Faizal Tahir

Next up, the performance of the night. We roared as Ari, Fadly and Rindra started performing. My favourite was the part when they sang their famous song “Begitu Indah” and the theme song from Upin & Ipin “Sahabat Selamanya”, the song which most of us see as a bridge between Malaysia and Indonesia. The icing to my cake that night was when I got to sing a duet with Fadly, a Malaysian song entitled “Kalau berpacaran”, a song made famous by Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali and Altimet. Meeting Padi was fun! They were so polite and friendly. I salute Padi for being internationally recognized yet they managed to keep their feet on the ground.


The band with Padi

Thank you to Melaka Wonderland, LC Event and Les’ Copaque for the opportunity. It was an experience to be treasured. Thank you to the Upin & Ipin, Padi and Faizal Tahir fans who came that night and last but not least, my band Haris and the Pembaris. Like the song said let’s be friends forever. Sahabat selamanya~

-Ida Rahayu Yusoff

Malay translation after the jump.

Bila orang tanya, “Apa yang seronok sangat kerja kat Les’ Copaque ni?”, saya akan jawab, “Banyak~!” . Nak tahu apa yang seronok? Selain dari kerja harian, saya juga dapat menjadi vokalis dalam sebuah band. Memperkenalkan band dari LCP “Haris and the Pembaris”!


Haris and the Pembaris

Baru-baru ini, kami diberi kepercayaan untuk membuat persembahan bagi pembuka konsert “Sahabat Selamanya”. Sebagai orang baru, saya amat rasa rendah diri jika dibandingkan dengan nama besar seperti kumpulan Padi yang sudah terkenal di nusantara ini. Namun begitu, peluang ini tidak mungkin dilepaskan untuk bergandingan bersama mereka.


Sepanduk acara yang berwarna-warni

Sebelum konsert bermula, kami sempat melihat soundcheck Padi dan Faizal Tahir dari belakang pentas secara ekslusif. Sangat mengujakan!


“Soundcheck” oleh Padi

Adik Asyiela Putri juga sempat membuat kemunculan istimewa untuk para penonton dengan mendendangkan lagu dari album Upin dan Ipin.

Konsert bermula pada jam 8:30, kami menyanyikan 5 buah lagu sebagai pembukaan konsert. Anak-anak kecil, ibu bapa dan para peminat bersorak dengan begitu bertenaga sekali menyaksikan kami beraksi meskipun kolam renang menjarakkan antara pentas dan penonton. Saya berasa amat terharu dengan sokongan yang mereka berikan. Rakan-rakan LCP yang hadir turut memberi sokongan, sekaligus menaikkan semangat semua ahli band pada malam itu.

Selepas persembahan kami, tibalah giliran Faizal Tahir and the Royal FT Force untuk menggamatkan pentas. Ramai peminat setia Faizal Tahir yang datang dari jauh semata-mata untuk memberikan sokongan yang padu buat artis pujaan mereka .


Adik Asyiela dan Faizal Tahir

Selepas persembahan dari Faizal Tahir, semua penonton bersorak ketika Ari, Fadly dan Rindra muncul. Saya amat tersentuh apabila mereka mempersembahkan lagu “Begitu Indah” dan lagu tema Upin & Ipin iaitu “Sahabat Selamanya” yang telah menjadi penghubung antara dua negara, Malaysia dan Indonesia. Kemuncak persembahan pada malam itu ialah apabila saya berduet bersama Fadly menyanyikan “Kalau berpacaran”, yang dipopularkan oleh Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet. Ini merupakan kenangan manis buat saya. Sememangnya Padi mengikut resmi padi, makin tunduk, makin berisi.

Haris and the Pembaris bersama Padi

Terima kasih buat Melaka Wonderland, LC Event and Les’ Copaque kerana memberi peluang yang amat bermakna ini. Terima kasih juga buat peminat Upin & Ipin, Padi dan Faizal Tahir yang sudi datang memberi sokongan. Saya mengharapkan persahabatan antara ahli band akan kekal sama seperti lagu “Sahabat Selamanya” :)

-Ida Rahayu Yusoff

455 total views, 4 views today


Facebook

Puteri
Puteri

Recent Posts

Recent Comments

Les’ Copaque Channel

300X600_YOUTUBE