Aug
3

Karnival Upin & Ipin bersama TV9 di Persada Johor

Share : Facebook0Twitter0Google+0LINE it!

 

Kawan- kawan, seronok tak dapat jumpa Upin & Ipin di Johor Bahru tempoh hari? Upin & Ipin dan kawan-kawan seronok sangat. Dijangkakan lebih 100,000 pengunjung yang datang untuk memeriahkan lagi Karnival Upin & Ipin Bersama TV9 yang bertempat di PERSADA, Johor Bharu pada 16 -17 Julai yang lalu. Tujuan karnival ini dijalankan adalah bagi menghargai sokongan peminat-peminat Upin & Ipin yang berada di selatan tanah air dan juga negara jiran iaitu, Singapura.

Seperti karnival sebelum ini, Perarakan Animasi telah dijalankan pada hari pertama karnival berlangsung. Seramai 200 orang murid Tahun 2 dari Sekolah Kebangsaan Bandar Uda (2) telah dipilih untuk menyertai perarakan ini. Mereka semua bersemangat untuk bersorak dan menggayakan tema pakaian masing-masing mengikut episod dalam siri Upin & Ipin. Terdapat 11 pasukan yang menonjolkan pelbagai tema pakaian antaranya ialah Pasukan Lanun, Pasukan Detektif, Pasukan Pulu, Pasukan TV9, Pasukan Tadika Mesra dan bermacam-macam lagi. Cuba kawan-kawan tengok pakaian mereka semua. Menarik bukan?

Mari kita ke Rumah Opah pula! Kalau dulu, kita hanya dapat melihat rumah Opah dan bilik tidur Upin & Ipin hanya sekadar di kaca televisyen sahaja. Tapi kini, semua pengunjung berpeluang melihat sendiri Replika Rumah Opah dengan saiz yang sebenar. Selain dari itu, terdapat juga booth untuk pengunjung mendapatkan khidmat face painting, dan juga melihat demonstrasi lukisan yang di bawa khas dari Les’ Copaque Production.

 

Kemunculan pelakon-pelakon suara seperti Upin & Ipin, Ehsan, Mail, Mei Mei, Kak Ros, Jarjit dan Fizi menyemarakkan lagi karnival yang berlangsung selama 2 hari ini. Pelbagai aktiviti bersama pelakon suara telah dijalankan bukan sahaja di pentas utama malahan di Tadika Mesra dan juga di perkarangan Rumah Opah. Antara aktiviti yang menarik dijalankan ialah seperti menari, kuiz, serta aksi tiru gaya karakter. Pengunjung bukan sahaja dihiburkan oleh maskot serta pelakon suara Upin & Ipin tetapi juga kemunculan penyanyi dari Idola Kecil TV9 seperti Haris, Hadi, Afiq dan juga Deera.

Terima kasih buat semua peminat Upin & Ipin yang sudi datang memeriahkan lagi karnival ini. Diharapkan semua peminat-peminat Upin & Ipin di Johor dan Singapura berpuas hati dengan karnival ini. Teruskan menonton dan menyokong Upin & Ipin dan Kawan-kawna ya? Bagi yang tidak berkesempatan, kita jumpa di karnival seterusnya!


Recent Posts

Recent Comments

Les’ Copaque Channel

See our latest video..