Oct
3

Jom ke Kedai Makan Upin & Ipin

Share : Share on Facebook14Tweet about this on Twitter0Share on Google+0LINE it!

Yay! Ada ayam goreng!. Ha!, begitulah reaksi kawan-kawan kita apabila sampai ke Kedai Makan Upin & Ipin. Kedai Makan Upin & Ipin ini adalah merupakan salah satu francias Upin & Ipin yang terbaru dari Les’ Copaque Production. Kalau dulu kawan-kawan hanya boleh menonton siri Upin & Ipin di kaca TV, sekarang kawan-kawan dah boleh makan di Kedai Makan Upin & Ipin.

Papantanda Kedai Makan Upin & Ipin

Suasana di dalam Kedai Makan
Upin & Ipin cawangan Taman Melati

Dengan pelbagai menu masakan melayu yang dijenamakan semula, Kedai Makan Upin & Ipin menawarkan hidangan sesuai untuk seisi keluarga. Kepada yang suka ayam goreng seperti Upin & Ipin, pasti gembira makan di sini kerana Kedai Makan Upin & Ipin menawarkan beberapa pilihan ayam goreng. Sambil menjamu selera semua pengunjung bolehlah menjamu mata dengan menonton siri animasi Upin & Ipin.

Ayam Goreng pilihan menu utama di sini.

Pada hari pertama pembukaan di cawangan Taman Melati, beberapa orang ahli Kelab Upin & Ipin telah sempat meluangkan masa untuk sama-sama mencuba menu di sini. Antara ahli kelab yang datang adalah Kelly Wong dan Anis. Walaupun masing-masing tinggal agak jauh dari Taman Melati, tapi masih bersemangat untuk datang untuk mencuba hidangan istimewa di sini.

Ahli Kelab Upin & Ipin, Anis

Ahli Kelab Upin & Ipin, Kelly Wong

Buat masa ini Kedai Makan Upin & Ipin sudah melancarkan beberapa cawangan terbaru termasuklah di Shah Alam. Berikut adalah info lanjut mengenai cawangan-cawangan tersebut.

[note color="#FFCC00"]

Cawangan Bangi
No 19-G, Jalan 6/7 Seksyen 6, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor

Cawangan Taman Melati
No 55-G, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, Setapak, 53100, Kuala Lumpur

Cawangan Shah Alam
No 24, Jalan Plumbum P7/7, Seksyen 7, 40100, Shah Alam, Selangor

[/note]

Kalau ada sesiapa yang ingin membuat tempahan atau sebarang pertanyaan bolehlah hubungi 03-55238961. Jangan lupa untuk LIKE fanpage Kedai Makan Upin & Ipin di Facebook.com/KedaiMakanUpinIpin

[quote style="1"]

p/s : Siapa yang tak sabar dengan pembukaan Kedai Makan Upin & Ipin di Mydin, Meru Jaya?

[/quote]

1,780 total views, 7 views today


  • ana81sharina

    Baru tadi pergi makan di Restoran you ols ni cawangan Giant Subang Jaya, order nasi set asam pedas..tpi makanan lauk asam pedas tu ada bau hanyir,dan mentah.Tgh rasa terus nk muntah..tobat r x pergi lagi…Menu yang lelain tak tahu pulak la kan..

  • Rusisman Isnin

    Kami merupakan pembekal ayam frozen. Dijamin bersih, suci, berzat, berkat serta halalan toyyiba. Tanpa bau hanyir. Ayam bebas dari najis serta darah kerana kami keluarkan usus serta cuci bersih najis serta darah sebelum dicelur.

  • Pembangkang Susah Mati

    Mahal tapi x sedap.. baik makan kat upin ipin 13 yg ori punye.. mahal pon puas ati…

  • azura

    Baru mkn kat giant subang jaya..Bubur ngn mee kari rasanya kurang sedap..nasi ayam blhla tahan..tp yg x tahan servis sgt lmbt..hmpir 45minit baru smpi pesanan..itupun selepas ditegur..x phm..bkn order mknan yg perlu dimsk pun..semuanya yg dh tersedia cuma tinggal hidang je..itupun mkn masa 45mnt…anak dh bising2 dh lapar..harap pihak pengurusan blh improve servis..

Facebook

Karnival Upin Ipin
Puteri

Recent Posts

Recent Comments

Les’ Copaque Channel

300X600_YOUTUBE