Dec
7

Jejak Upin & Ipin di Muzium Negara Sepanjang Cuti Sekolah

Share : Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0LINE it!

 

Kawan-kawan pergi ke mana semasa cuti sekolah ni? Kalau tak tahu nak ke mana-mana, apa kita kita ramai-ramai datang ke Muzium Negara sempena pameran Jejak Upin & Ipin. Pameran ni sebenarnya sudahpun berlangsung pada 26 November yang lalu dan akan diteruskan sehingga 31 Disember 2011 nanti. Macam-macam aktiviti yang dijalankan seperti pameran replika sebenar rumah Opah, ruangan proses animasi, permainan Upin Ipin dan banyak lagi.

Kawan-kawan juga berpeluang untuk berjumpa dengan maskot Upin & Ipin pada setiap hari. Selain itu, showcase Upin & Ipin the Musical pula diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 12 tengahari dan 3 petang. Memang menarik kerana kawan-kawan akan dapat menonton secara eksklusif babak dari teater ini sebelum ianya dipentaskan di Istana Budaya pada bulan April tahun hadapan.

Jadi kawan-kawan jangan lupa penuhkan Muzium Negara pada hujung minggu ini kerana lebih banyak aktiviti yang menarik bakal diadakan.

186 total views, 6 views today


  • http://www.facebook.com/people/Taqiah-Taqao/100000540121684 Taqiah Taqao

    ada x cenderamata upin ipin (anak patung) dijual di karnival upin ipin di muzium negara?

  • http://www.lescopaque.com Mohd Zarin

    Ada macam-macam cenderamata Upin & Ipin termasuklah anak patung dijual di Muzium Negara

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1467450457 Nana Azuan Syahmi

    weekdays x d show ke hnya weekend ke? apa aktiviti weekdys igt nk bwk ank time bday dia this thursday..

  • http://www.facebook.com/azrinbahar Azrin Bahar

    salam..boley x nak tahu maskot upin & ipin pukul brape ye di muzium ni? sbb ada baby.. kalau boley nk jumpa la maskot upin & ipin..

  • http://www.lescopaque.com Mohd Zarin

    Maskot Upin & Ipin ada setiap hari di Muzium Negara dan akan muncul sebanyak 3 kali sehari…

  • http://www.facebook.com/MuziumNegaraKL Muzium Negara Kuala Lumpur

    Silalah LIKE FACEBOOK PAGE MUZIUM NEGARA. Sebarang pertanyaan mengenai Pameran Jejak Upin & Ipin boleh ditujukan juga. http://www.facebook.com/pages/Muzium-Negara/287722754598934

Facebook

Recent Posts

Recent Comments

Les’ Copaque Channel

300X600_YOUTUBE