Aug
1

Atok dan Opah melawat Disney World

Share : Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0LINE it!

 

Salam semua peminat Upin dan Ipin.

Agak lama juga Atok tak menjadi blogger kerana kesuntukkan masa. Selepas kejayaan Karnival Upin dan Ipin di Ipoh baru-baru ini, hasrat Atok dan Opah untuk melahirkan Taman Tema Upin dan Ipin bertambah kuat. Untuk itu, Atok dan Opah pun pergi ke Florida untuk melihat sendiri bagaimana Walt Disney mengadakan Taman Tema Disney supaya dapat kami mempelajarinya sebelum memulakan kerja-kerja untuk melahirkan taman tema Upin dan Ipin.

Tiba di LA selepas 14 jam terbang merentasi Lautan Pasifik

Sebenarnya, sebelum ini Atok dan Opah sudah pun melawat Taman Tema Disney di serata dunia seperti di Aneheim, Los Angeles, Tokyo dan Paris. Hanya Hong Kong daan Florida yang belum lagi dilawati. Hong Kong adalah Taman Tema yang paling kecil dan difahamkan tidak menarik dan Florida yang paling besar di dalam dunia. Malangnya, untuk sampai ke situ, penerbangan mengambil masa 22jam di atas kapal terbang, tidak termasuk waktu menunggu di airport. Sungguh memenatkan~

Florida, USA.

Florida terletak di sebelah timur Amerika dan mengambil masa 5 jam penerbangan dari Los Angeles. Di sinilah tempat roket ke angkasa lepas dilancarkan. Atok menyewa sebuah kereta untuk bergerak dan tinggal di Disney Resort. Hotelnya berbentuk apartment siap dgn dapur dan mesin cuci baju dan terletak didalam padang golf. Sungguh cantik pemandangannya. Cuaca di Florida sama panas dengan Malaysia, tetapi kering dan hujannya seperti di Malaysia juga.


Saratoga Spring Resort and Spa

Disney World

Disney World adalah merupakan sebuah kawasan yang besar , mungkin sama besar dengan negeri Melaka yang dipunyai oleh Disney. Ia lengkap dengan bandarnya sendiri dan terletak agak jauh dari Bandar Orlando yang merupakan ibu negeri Florida.

Terdapat banyak hotel Resort yang dipunyai oleh Disney sendiri (tak kurang dari 10) dikawasan ini. Ada 4 taman tema yang besar dan dua taman tema air yang di punyai Disney. Kawasannya begitu besar sekali, untuk taman tema Magic Kingdom sahaja, kawasan letak keretanya sahaja seluas 125 ekar yang boleh memuatkan 12,000 biji kereta.

Setelah Walt Disney membangunkan Taman Tema di Los Angeles, secara rahsia dia telah membeli tanah di Florida untuk membangunkan Taman Tema yang terbesar di dunia. Malangnya, beliau tidak sempat melihat taman tema tersebut kerana beliau meninggal sewaktu pembinaan baru sahaja dimulakan.

Epcot Centre

Taman Tema ini berkonsepkan “Future”. Di sini banyak menampilkan perkara yang bersangkutan dengan pemeliharaan alam sekitar dan belajar tentang outer space. Terdapat juga ride yang digabungkan dengan film 3D yang begitu canggih. Terdapat lab yang membuat ujikaji penanaman sayur menggunakan teknologi moden. Ada pokok tomato yang begitu besar dan menghasilkan buah tomato yang kecil itu beribu-ribu seperti pokok ceri kita. Semua sayuran yang digunakan untuk salad didalam taman tema ini diambil dari lab ini. Begitu menarik taman tema ini, sehingga satu hari penuh sehingga malam pun kita tidak sedar.

Epcot Centre

Animal Kingdom

Hari kedua, kami melawat taman tema Animal Kingdom. Taman tema ini seperti sebuah zoo, di mana terdapat binatang seperti gajah, badak air, zebra, zirafah dan lain-lain lagi. Hanya yang berbeza, ia digabungkan dengan filem dan animatic, patung yang boleh bergerak. Di sini, semua permainan dan ridenya bertemakan semua filem Disney yang mengenai binatang. Terdapat “Tree of Life” dari film Lion King yang menjadi tarikan utama pengunjung. Ia ada juga safari ride untuk kita menyaksikan binatang liar yang hidup dan jungle tracking yang menarik. Konsepnya seperti zoo Singapura, walaupun kecil tetapi penuh dengan pengetahuan dan menarik. Penjaga taman temanya sungguh cekap mengendalikan penonton dan pandai mengajak pengunjung berinteraksi dengan pamerannya. Ia begitu besar dan memerlukan satu hari penuh untuk melawatnya.

Bergambar di depan Tree of Life dari film Lion King

Universal Studio Hollywood: Island of Adventure

Hari ketiga, kami melawat Universal Studio. Di sini terdapat 2 taman tema, Island of Adventure dan Studio Tour. Ia bukan kepunyaan Disney, dan kami terpaksa membeli tiket yang lain. Harga tiket untuk dua hari adalah sekitar RM 360 seorang. Sedangkan Disney Theme Park untuk 10 hari sekitar RM900 seorang. Tempatnya pula agak jauh dari hotel kami sekitar 40km. Taman tema Island of Adventure lebih merupakan taman tema yang mempunyai ride yang ganas dan bertemakan semua filem Hollywood. Ada roller coaster yang begitu tinggi dan berpusing-pusing hinggakan anak Atok pun tak berani nak mencuba.

Harry Porter ride hanya terdapat di taman tema ini sahaja. Terdapat ride yang menggabungkan filem 3d yang begitu canggih seperti di dalam filem Spiderman, Jurassic Park, Simpson dan banyak lagi. Sehari suntuk sehingga malam di sini.

Di sebelah luar taman tersebut terdapat banyak restoran termasuk Hard Rock Café yang terbesar didunia.

Opah di depan Jurassic Park

Universal Studio: Studio Tour

Hari Keempat, kami memilih untuk menhabiskan Universal Studio dan melawat studio. Ia merupakan replika Universal Studio di Los Angeles yang jauh lebih besar. Walaupun Atuk belum pergi ke Singapura, Atuk percaya yang ini 3 kali lebih besar dari yang di Sinagpura. Di sini terdapat set pengambaran dari Bandar yang didalam filem itu hinggalah ke Star War dan Man in Black. Ridenya semua menggabungkan efek 3d dan efek ditempat duduk sehingga dipanggil 4d. Sungguh menakjubkan sehingga filem animasi seperti Simpson pun boleh dijadikan pengembaraan yang menarik.


Bergambar dengan Shrek

Disney’s Magic Kingdom

Hari kelima kami pergi ke Magic Kingdom. Ini adalah taman tema yang terbesar. Selepas meletakkan kereta di tempat letak kereta yang besar, kami dibawa dengan tram untuk menaiki pengangkutan yang lain untuk sampai ketaman tema tersebut. Untuk sampai kesitu yang jauh nya hampir 10km, kita boleh menaiki LRT atau kapal feri dengan percuma. Disini semuanya mengenai Mickey Mouse dan ia adalah Dreamland yang diilhamkan oleh Walt Disney. Terdapat sebuah Istana yang menjadi mercu tanda taman tema ini. Istana ditaman tema ini adalah Istana Cinderallela. Setiap taman tema Disney akan mempunyai Istana yang berbeza seperti LA yang mempunyai Istana Snow White.

Sungguh besar dan ramainya pengunjung dari semua pelusuk dunia. Setiap ridenya mengambil masa setengah hingga satu jam beratur dan tidak mungkin dapat dihabiskan dalam masa satu hari. Tetapi semua nya menarik dan memungkin Atuk dan Opah mengilhamkan taman tema Upin dan Ipin. Setiap hari ada parade dan mainan bunga api diwaktu malam yang begitu cantik.



Cinderella Castle di siang hari

Disney Hollywood Studio

Hari ke enam, kami melawat Hollywood Studio. Di sini lebih banyak memaparkan pembuatan filem yang diterbitkan oleh Disney. Terdapat pertunjukkan kereta dari Fast and Furious yang begitu dahsyat. Terdapat juga pamiran mengenai Walt Disney dan hasil kerjanya. Semua dipaparkan dengan begitu menarik dan diakhiri dengan pertunjukan pentas yang digabungkan dengan filem 3d.

Magic Kingdom.

Hari ketujuh, kami mengulangi kembali Magic Kingdom. Masa lebih banyak dihabiskan untuk bergambar dengan pelakun dari filem seperti Mickey, Rufanzel, Cinderella dan sebagainya. Oleh kerana terlalu ramai pengunjung, masa banyak habis untuk beratur menunggu giliran didalam cuaca yang panas.

Circus du Soleil

Hari ini, Opah sibuk berkemas dengan anaknya dan belum tahu kemana mereka mahu pergi. Tapi pada malam nanti kami mahu menonton Circus yang terdapat diBandar Disney ini. Circus ni pun maha tiketnya sekitar RM300 seorang. Esok kami akan bertolak pulang dan perjalanan kami akan bermula pada jam 6petang. Insyaallah, kami akan tiba di Malaysia hari jumaat tengah hari.

Selepas melihat semua ini, Atuk dan Opah berpendapat kami dapat melahirkan taman tema yang menarik untuk Upin dan Ipin. Tetapi dapatkah kita melahirkan pekerja yang begitu ceria dan berpengetahuan untuk mengendalikan taman tema tersebut? Kalau memikirkan perkara ini, mungkin tak jadi nak buat.

Salam dari Atuk dan Opah di Florida.

213 total views, 3 views today


  • http://pulse.yahoo.com/_LYBWABAJ7O6NSUAV6MTFBAEBDI Firdause

    perbezaan dolar singapura dan rm.

Facebook

Recent Posts

Recent Comments

Les’ Copaque Channel

300X600_YOUTUBE