Oct
23

Lokasi Karnival Upin & Ipin 2014

Share : Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+LINE it!

Seperti yang telah diumumkan, Karnival Upin & Ipin akan berlangsung pada 21-23 November 2014 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Lokasi ini dipilih kerana ianya begitu sesuai untuk penganjuran Karnival Upin & Ipin yang mengutamakan keselesaan pengunjung. Selain itu, pengunjung juga mudah untuk datang ke PICC kerana ianya terletak ditengah-tengah Putrajaya dan terdapat pelbagai pilihan laluan masuk. Terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya kerana telah menjadi penaja lokasi karnival kali ini.

Alamat ke PICC :

Putrajaya International Convention Centre
Dataran Gemilang, Presint 5

62000, Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
MALAYSIA

Untuk karnival kali ini, pihak Les’ Copaque Production bakal menggunakan 2 dewan utama iaitu dewan A & B. Semestinya pelbagai tarikan menarik bakal disediakan buat pengunjung yang datang nanti. Terdapat juga persembahan istimewa dari Ultraman, Replika saiz sebenar rumah Opah dan yang terbaru adalah “Studio Tour”. Tiada bayaran dikenakan untuk menyertai Karnival Upin & Ipin.

Masuk adalah PERCUMA !

 

picc2

Putrajaya International Convention Centre read more

1,729 total views, 69 views today

Oct
13

Karnival Upin & Ipin 2014, PICC Putrajaya

Share : Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+LINE it!

 

KARNIVALUI_01

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Karnival yang dinanti-nantikan bakal kembali lagi pada tahun ini. Bagi peminat setia Upin & Ipin pasti sudah mengetahui mengenai Karnival Upin & Ipin yang setiap tahun dianjurkan oleh Les’ Copaque Production bersama anak syarikat LC Merchandising disamping rakan-rakan niaga yang lain.

Pada tahun ini, Karnival Upin & Ipin akan dianjurkan secara besar-besaran di Putrajaya Interational Convention Centre (PICC), Putrajaya pada 21 hingga 23 November 2014. Keunikan karnival kali ini adalah dari segi pengisian dan persembahan yang telah diaturkan. Tambah istimewa lagi, buat pertama kalinya Les’ Copaque Production bekerjasama dengan syarikat gergasi Jepun iaitu Tsuburaya dengan menampilkan watak terbaru Ultraman di Karnival Upin & Ipin.

Selain itu juga, pelbagai aktiviti menarik dari 9 pagi hingga 10 malam yang telah diatur oleh semua pengunjung seperti penampilan 13 maskot dari siri animasi Upin, Ipin dan Pada Zaman Dahulu. Terdapat juga penampilan istimewa pertama kali watak-watak dari animasi Puteri dan banyak lagi.

Nantikan perkembangan lebih lanjut melalui laman web www.upindanipin.com.my serta Facebook Upin & Ipinread more

4,110 total views, 100 views today

Oct
13

Majlis Pelancaran animasi Puteri

Share : Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+LINE it!

Pasti yang ramai yang dah tak sabar nak menonton animasi terbaru dari Les’ Copaque Production iaitu Puteri. Animasi Puteri ini telah mula diperkatakan pada awal tahun lagi dan telah menarik minat ramai orang walaupun belum ditayangkan lagi. Majlis pelancaran untuk animasi ini telahpun diadakan di Sri Pentas Media Prima pada 11 Oktober yang lalu yang telah dirasmikan oleh Tn Haji Burhanuddin, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production dan Sherina Mohamed Nordin, Kumpulan Pengurusan TV3. Majlis yang diadakan sempena dengan Hari Kantin Bananana ini turut disiarkan secara langsung di kaca TV.

LC1_3716 LC1_3746 LC1_3809 read more

2,105 total views, 21 views today

Oct
3

Upin & Ipin di “Hitam Putih” Trans 7

Share : Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+LINE it!

Bertuah betul peminat Upin & Ipin di Indonesia kerana dapat menonton pelakon suara Upin & Ipin secara langsung dari kaca TV. Asyiela Putri telahpun dijemput oleh TransTV dalam program bual bicara mereka yang popular iaitu “Hitam Putih”. Program ini bersiaran secara langsung pada jam 7 malam (8 malam waktu Malaysia) dan telah ditonton oleh jutaan peminat Upin & Ipin di Indonesia.

hp01

Asyiela Putri bersama Miss DongDong, pengacara Hitam Putih

hp02

Asyiela Putri di Trans TV studio di Jakarta

Walaupun sudah beberapa kali ke Jakarata, tetapi inilah pertama kali Asyiela Putri tampil di dalam program bual bicara selama 1 jam. Pengacara “Hitam Putih” Mas Deddy pula amat teruja untuk berjumpa dengan pelakon suara Upin & Ipin. Sebelum ini, Mas Deddy sering dikaitkan dengan watak Ipin kerana dia juga tidak mempunyai rambut seperti Ipin.

Pada siaran langsung tersebut juga, pelakon suara Upin & Ipin diketemukan dengan pelakon suara Unyil yang juga pertama kali ditampilkan di dalam program TV. Menyambut baik usaha Trans 7, program ini begitu istimewa sekali kerana ianya menjadi penyatuan 2 buah negara melalui ikon animasi masing-masing. Meskipun, Upin & Ipin berasal dari Malaysia, tetapi di Indonesia terdapat begitu ramai sekali peminat fanatik Upin & Ipin. read more

4,899 total views, 12 views today

Sep
9

Episod Baru : Warna-Warni & Jaga Dan Hargai Mata

Author Iskandar    Category Blog     Tags , ,
Share : Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+LINE it!

Assalamualaikum kepada pembaca setia blog Upin & Ipin. Kali ini, ada 2 Episod baru menanti para pembaca blog iaitu Episod Warna-Warni yang akan di tayangkan pada 13, 15 & 16 September, jam 5.30 petang dan satu lagi Episod Jaga Dan Hargai Mata yang akan ditayangkan pada 18-20 September, jam 5.30 petang. Jangan lupa ya, kedua-dua cerita akan ditayangkan hanya di TV9. Mari lihat sinopsis mengenai cerita berkenaan di bawah dan Jangan Lupa tonton!

 

Ep. Warna-Warni

“Warna-Warni”
13, 15 & 16 September
5.30 Petang

Synopsis:
Pada suatu hari, Upin dan Ipin menolong Ros mewarna lukisan batiknya, secara tidak langsung mereka dapat belajar tentang warna asas dan warna campur. Selepas itu, Upin dan Ipin keluar untuk bermain dalam keadaan cuaca hujan panas, tiba-tiba mereka ternampak pelangi, mereka terus teruja. Di Tadika Mesra pula, murid-murid mula bercerita tentang pelangi, mereka mula berimiginasi menjadi warna-warna pelangi yang mempunyai kepentingan masing-masing dan belajar banyak perkara tentang pelangi .

Ep. Warna-warni - 01 Ep. Warna-warni - 04 Ep. Warna-warni - 03 Ep. Warna-warni - 02 Ep. Warna-warni - 05 read more

17,153 total views, 45 views today

Facebook

Karnival Upin Ipin
Puteri

Recent Posts

Recent Comments

Les’ Copaque Channel

300X600_YOUTUBE